|
Pandangannya dilontar jauh ke dasar kolam renang di halaman belakang rumah. Terasa kedamaiannya seolah-olah berada di situ. Dari balkoni, dia berjalan perlahan-lahan menuju ke meja tulis. Tangannya ligat mencari Samsung Galaxy S3 di sebalik timbunan kertas di atas meja. Nombor didail dan dia menekupkan telefon itu ke telinga.
"Hello..."
"Hello. Ada apa, Am?"
"I nak keluar kejap ni. U nak ikut?" Bukan sengaja Irham mahu menggatal dengan anak dara orang , tetapi keadaan mendesaknya berkelakuan sebegitu. Pernah sekali dia terlupa mengajak Wawa keluar makan bersamanya, dia langsung dihamburkan dengan kata-kata kesat ayahnya sebaik sahaja tiba di rumah. Jika bukan kerana ayahnya juga, dia tidak akan pernah mahu berbaik-baik dengan gadis segedik Wawa. Jauh sekali mahu keluar berdua-duaan.
“Sorry la, Am. I tak boleh ikut U. Kaki I sakit lagi ni,” Wawa bersuara manja, cuba mencari perhatian Irham.
“Oh… Kalau macam tu takpe la. I boleh pergi sendiri, “ Saat itu sebenarnya Irham terasa seperti mahu sahaja melompat-lompat di atas katil dan menyanyikan lagu ‘Wonderpets’ sekuat hati. Namun, nada dan intonasi suaranya dikawal agar menyerupai seseorang yang baru kehilangan seguni barang kemas.
“U nak pergi mana sebenarnya , Am? Sorry la I tak boleh teman U,” Pertanyaan Wawa mematikan lamunan Irham serta-merta. Sorry? Tak payah nak sorry sangat la Wawa…
“Emm.. I ada hal sikit nak diselesaikan. I keluar kejap je pun,” Ucap Irham sambil membelek-belek kertas yang kemas tersusun di dalam fail berwarna hitam.
“Ok. Bye sayang. Love U.Jumpa esok, ye?”
“Bye. See U.”
Sayang. Baby. Darling. Semuanya sudah selalu didengar oleh Irham dari mulut Wawa. Namun, dia tidak pernah sekali pun merasakan ketulusan daripada kata-kata itu.Malah, seringkali membuatkannya merasa jijik dan geli.
Sebentar kemudian,dia duduk di atas katilnya sambil termenung. Dagunya ditongkat dengan kedua-dua belah tangan. Mukanya dihalakan ke arah meja tulis. Seperti biasa, mulutnya akan mengukir senyum nipis sebaik sahaja dia melihat fail hitam itu. Dia juga tahu, senyuman itu bukan seperti yang selalu dihadiahkan kepada Wawa. Senyumannya kali ini benar-benar ikhlas dan tulus,datang dari lubuk hatinya yang paling dalam dan tidak pernah dia selami. Ternyata dia amat senang dan bahagia dengan kehadiran gadis yang bernama Nisaa Humaira' dalam kamus hidupnya.
---------------------------------***---------------------------------
"Dah siap ke belum?" soal Humaira' sebaik menghampiri Irham yang sedang khusyuk menelaah buku di sebuah meja yang agak terpencil di satu sudut dalam perpustakaan. Hish..punya susah aku cari dia , kalau tak siap lagi, memang nak rasa backhand aku la tu!
"Dah..." jawab Irham sambil menoleh ke arah belakang. Kelihatan Humaira' sedang berdiri tegak dibelakangnya sambil memegang beberapa buah buku yang tebal-tebal dan tersusun rapi.
"Ni nak pergi jual buku ke apa ni?" Irham cuba untuk beramah mesra dengan Humaira' , namun tidak dilayan. Dengan segera pula, Humaira' menarik muncung sedepa sambil mengerutkan muka.
"Sibuk apasal? Bak sini assignment tu!"
"Amboi.. Cantik betul muka minah ni sorang. Kita cakap baik-baik, dia melenting tak tentu pasal!"
Humaira' tidak mahu mengalah. Dia menajamkan jelingan matanya seakan-akan mata itu mampu mencabut nyawa lelaki dihadapannya pada saat itu juga.
"Wey, cepatlah! Aku takde masa nak main-main macam ni,tau tak! Bak sini!" Arahan Humaira' membuatkan Irham segera bangkit sambil memegang kemas fail hitam milik Humaira'.
"Laa.. Nak ke? Ingatkan taknak tadi..." Irham menghulurkan fail itu kearah Humaira'. Tetapi,saat Humaira' sedang tergapai-gapai kearah fail itu, Irham menarik fail itu ke sisinya kembali.
"Eeei... Kau ni memang macam budak-budak la! Bak sini fail tu...!"
"Tu la... Lain kali kalau orang tanya baik-baik, jawablah baik-baik,"
Sebentar kemudian, seorang lelaki yang hendak mengambil buku di rak berdekatan meletakkan jari telunjuk tangannya di mulut, tanda supaya senyap. Irham mengangkat tangan kepada lelaki itu sambil meletakkan fail Humaira' di atas meja kembali. Dia tersengih-sengih seperti kerang busuk. Humaira' pula tunduk membisu. Masing-masing melayan rasa malu.
"Thanks," Humaira' bersuara seolah-olah berbisik kepada dirinya sendiri.
"Hah? Apa? Awak cakap dengan saya ke?" Soal Irham, berpura-pura tidak mendengar kata-kata Humaira'.
"Terima kasih. Terima kasih sebab taip balik assigment tu. Walaupun memang patut pun kau siapkan, sebab kau yang rosakkan assignment tu,"
"Alaah.. Nak cakap terima kasih tu, cakap je la. Tak perlu nak membebel panjang-panjang. Eh, tu pun kira nasib baik aku siapkan, tau. Kalau aku buang balik dalam longkang tu, kan ke sia-sia je..."
Humaira' mencebikkan bibirnya, lalu cuba mencapai failnya di atas meja. Namun, buku-buku tebal yang dipegangnya membuatkan hal itu amat mustahil untuk terjadi. Irham yang memerhatikannya sedari tadi memgang erat fail itu kembali.
"Kau nak pergi mana ni? Biar aku hantar,"
Humaira' terkedu seketika. Namun dengan segera dia menepis segala kata-kata yang berprasangka baik kepada Irham. 'hum..baik sangatlah tu! Entah-entah, sengaja nak kenakan aku lagi. Tapi...aku...'
"Aku nak baliklah! Takkan kau nak ikut aku sampai rumah kot?"
"Habis tu? Kau boleh ke pegang fail ni sendiri?" Pertanyaan Irham dalam nada mengugut itu membuatkan Humaira' lemas.
'Alya..Sarah.. Ni semua korang punya pasal,tau! Nak pergi library sendiri pun malas! Aku...jugak yang kena pinjam semua buku ni!' omel Humaira' dalam hatinya. Kini, rakan-rakannya pula yang diseret ke kandang pesalah. Irham mengangkat kening meminta persetujuan setelah lama tercegat disitu.
Humaira' mengeluh panjang. "Fine,"
Langkah mereka kemudiannya diatur keluar dari perpustakaan. Seketika, dua orang gadis yang tadinya duduk berdekatan mereka juga turut bangun dari kerusi. Kaki-kaki panjang itu dengan segera membuntuti Humaira' dan Irham sambil memegang telefon bimbit di tangan masing-masing.
---------------------------------***---------------------------------
"Dah. Sampai sini je,"
"Sini? Ni rumah kau?" soal Irham meminta kepastian.
"Taklah. Rumah sewa je. kongsi dengan kawan-kawan aku,"
Muka Irham kelihatan kaget, seperti baru sahaja melihat gajah terbang. Keningnya dikerutkan.
Sementara itu, Humaira' sudah berjalan masuk ke dalam rumah dan menyimpan buku-buku ditangannya tadi. Sebentar kemudian, dia keluar kembali dengan segelas air ditangannya dan menuju kearah Irham yang masih berdiri di luar pagar rumah itu. Ketika itu, dia melihat Irham sedang terjenguk-jenguk ke dalam rumahnya dengan wajah yang penuh tanda tanya.
"Wey! Cari apa?" soal Humaira' kasar. Atau lebih tepat, separuh menjerit.
Irham tersentak. "Eh, tak ada apalah. Nah, fail kau!" Fail hitam bertukar tangan. Begitu juga dengan gelas air tadi.
"Teh O ais? Kita hantar dia sampai berpeluh-peluh, dia bagi Teh O je? At least buat la fresh orange ke... Lemon juice ke..."
Belum sempat Irham menghabiskan ayatnya, Humaira' segera berpaling sambil membawa failnya, melewati halaman rumah itu dengan langkah perlahan.
Perbuatan itu membuatkan Irham segera meneguk air ditangannya dan meluru ke arah Humaira'. Gelas bertukar tangan sekali lagi.
"Dah?"
"Thanks. Sedap air. Sape buat?" Irham cuba memancing Humaira' lagi. Sesekali, kepalanya dijengukkan ke ruang tamu rumah itu.
"Wey, kau cari apa? Dari tadi lagi terjenguk-jenguk macam... Hesh.."
"Eh, tak ada apa. Saja je. Cantik rumah ni."
"Hum.. Apa-apa je lah,"
"Balik dulu lah. Bye,"
"Assalamualaikum,"
"Err... Waalaikumussalam,"
---------------------------------***---------------------------------
Alya menepuk bahu Humaira'.
"Ira! Kau apahal tercegat kat sini?" Tanya Alya yang baru sahaja turun dari tingkat dua. Kepalanya dihalakan ke arah jalan di hadapan rumah. Kelihatan Irham yang baru sahaja menyeberangi jalan itu.
"Wey! Tu bukan ke anak Dato' Zainal tu, wey?!" Tanya Alya lagi dalam nada teruja.
"Siapa?"
"Wey... Ira! Kau ada skandal apa dengan dia,hah? At least kenalkanlah aku kat dia, tadi! Wey... Jawablah, Ira!"
"Eh, Kalau kau nak tau, tu la mamat yang rosakkan assignment aku hari tu. Apa kena mengena dengan anak Dato' kau tu pulak?!"
"Listen, Ira! Don't tell me yang hari tu kau suruh dia yang siapkan assignment kau?!"
"Laa.. Habis aku nak suruh sape lagi?"
"What?! Ira.......!!!" Alya melaung sekuat hati kearah Humaira' yang dengan senang hati melangkah ke arah dapur untuk membasuh gelas minuman tadi.
BeRsAmBunG...
and untuk senarai2 BAB2 sebelumnya dalam cerpen / novelette bersiri ni, sila klik kat >SINI<...
Dikarang oleh: IsyaPurple |