Koleksi Cerpen Muslimah Purple

Cerpen Bersiri : Hey,you! Jangan Sentuh Aku! 
Part 13

Sebaik sahaja Humaira’ menghampiri pintu untuk keluar dari perpustakaan, dia ternampak kelibat Irham yang sedang merenungnya tajam. Dengan segera dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Kakinya dihayun laju sehingga melepasi pintu perpustakaan itu.

“Ira? Kau okey?” soal Alya tiba-tiba. Riak wajah Humaira’ yang berkerut seribu membuatkannya sedikit khuatir.

“Okey aje,” balas Humaira’, lalu sebuah senyuman plastic ditampal pada wajahnya, dengan harapan ia dapat menghilangkan rasa getar yang mula memuncak dalam hati. Sarah pula hanya mampu memerhati dalam senyap.

Mereka bertiga akhirnya tiba dikafeteria untuk mengisi perut yang sedang menyanyi sejak tadi. Tiga pinggan nasi campur dan 3 gelas air sirap bandung selamat sampai di atas meja mereka tidak lama kemudian. Namun, sebelum sempat suapan pertama masuk ke dalam mulut mereka, Wawa menerpa ke arah meja itu bersama 3 orang rakannya yang telah menjadi saksi kepada kemelut yang berlaku antara Humaira’, Irham dan juga Wawa. Mereka ialah gadis yang diberi nama Farah, Nadia dan Maria.

“Oh… jadi, ini lah perempuan yang kononnya nak rampas Irham dari aku tu?” kata Wawa dengan nada megah tahap petala keenam belas. Matanya melirik pada Humaira’ dari atas hingga ke bawah, memerhati penampilan gadis itu. ‘Ceh! Perempuan macam hantu bungkus ni nak pikat Irham? Dia ingat Irham nak sangat kat dia?’ Dalam diam, hatinya sempat mengutuk. Percuma sahaja sudah dapat dosa kering.

“Maaf, kak. Tapi saya…”

“Eh, kejap! Macam aku pernah tengok aje la kau ni. Tapi kat mana ek?” Hujung jari telunjuk Wawa bermain-main di dagu runcingnya. “Oh… kau la yang kononnya baik sangat nak tolong aku masa aku jatuh hari tu, kan? Rupanya kau ada hati nak rampas pakwe aku?!” bidas Wawa lagi tanpa menyedari ada sepasang mata yang sedang memerhati adegan itu dengan rasa menyampah yang membuak-buak.

Sarah mula panas hati. ‘Eh,eh,eh… sedap mulut dia aje cakap abang aku tu pakwe dia,’ Sarah bangun dari kerusi,  matanya mencerlung ke arah Wawa dan rakan-rakannya.

“Akak jangan cakap bukan-bukan pasal kawan saya, boleh tak?” Kata Sarah dalam nada tegas. Amarahnya masih dapat dikawal.

“Kau ni sape nak masuk campur hal kitorang? Jangan cub nak kurang ajar ek. Kalau tak…” ugut Farah, cuba mempertahankan Wawa.

“Kalau tak, apa?” potong Sarah. Dia tidak sanggup diperlekehkan oleh perempuan-perempuan seperti itu.

Farah dengan segera mencapai gelas sirap bandung di atas meja lalu tanpa rasa ragu menuangkannya ke atas kepala Sarah yang berdiri berdekatannya.

“Kalau tak… mandi air sirap bandung la jawabnya!” ejek Farah lagi. Keempat-empat perempuan itu kemudian ketawa bak orang hilang akal.

Humaira’ bangkit dari duduknya. Tudung bidang 50 Sarah yang dibasahi air berwarna merah jambu itu dipandang dengan hati yang membara. Alya ikut berdiri. Tangannya sudah memegang gelas sirap bandung Humaira’. Melihatkan Wawa dan rakannya sedang leka mentertawakan Sarah, dia mengangkat gelas untuk menyiram Wawa dengan air itu. Namun, sepantas kilat Humaira’ memaut pergelangan tangannya, sekaligus membantutkan niat di hati Alya. Dalam diam, Alya sempat memarahi Humaira’. ‘Ira! Kau ni selalu nak mengalah! Diorang dah buat Sarah macam tu pun kau masih taknak balas?’

Namun, sangkaan Alya ternyata meleset apabila gelas yang dia letak kembali tadi disambar oleh tangan Humaira’. Lalu tanpa mempedulikan Alya dan Sarah yang sedang melihat dengan muka yang sukar dijelaskan, dia mencurahkan air sirap bandung itu ke atas kepala Wawa perlahan-lahan sambil meneliti riak wajah gadis itu dengan hati yang puas.

Hilai tawa Wawa yang bergema di ruang Kafeteria tadi segera lenyap. Mulut Wawa terlopong luas. Dia merenung wajah Humaira’ dengan rasa tidak percaya. Wajah itu seakan-akan ingin membentak Humaira’ , ‘How dare, you!’ Namun, perkataan itu tidak boleh keluar dari kerongkongnya kerana terlalu terkesima dengan perbuatan Humaira’ itu. Malah dia tidak mampu mengelipkan matanya sendiri. Tidak pernah seumur hidupnya dia berasa begitu terhina.

Bukan setakat Wawa, malah Irham yang sedari tadi menonton adegan itu turut sama terkejut dengan tindakan Humaira’ itu. Sedangkan Irham sendiri tidak pernah berani melakukan hal yang sama terhadap Wawa walaupun sememangnya dia geram melihat adiknya di’mandi’kan air sirap bandung dihadapan orang ramai. Melihatkan Humaira’, Sarah dan Alya mula menapak menjauhi cafeteria, Irham seakan-akan hanyut dan dia terus sahaja membuntuti ketiga-tiga gadis itu dari jarak jauh.




Sebaik sahaja Humaira’ keluar dari tandas setelah selesai membasuh kain tudung Sarah, dia dihadang oleh Irham. Humaira’ terpempan. Seketika, jiwanya diragut rasa rindu. Sememangnya sejak peristiwa dia dilamar Irham hari itu, dia sengaja mengelak dari bertembung dengan Irham supaya dia dapat menenangkan fikirannya yang bercelaru. Wajah Irham yang sedang tersenyum dihadapannya kini kembali menyesakkan dada.

“Humaira,” Hampir sahaja jantung Humaira’ luruh apabila gegendang telinganya disapa oleh suara gemersik Irham itu.

“Thanks sebab tolong siram Wawa tadi,” Irham sengih. Namun, perbuatannya itu hanya menambah gemuruh di hati Humaira’. Raut wajah Humaira’ berubah buat seketika, lalu cepat-cepat dikawal. Humaira’ tidak pernah tahu bahawa Irham juga ada di cafeteria pada waktu itu.

“Humaira’, awak… belum buat keputusan lagi?” soal Irham dengan teragak-agak. Humaira’ hanya menggigit bibir.

“Humaira’, please. Saya nak dengar jawapan awak,” Irham terus mendesak, membuatkan Humaira’ sedikit rimas. ‘eii..tolong lah jangan seru nama aku dengan suara macam tu lagi… goyah iman aku nanti wey..’ marahnya dalam hati.

Sarah dan Alya yang menonton drama sebabak percuma itu hanya membatu sejak tadi. Apabila Sarah merasakan bahawa Humaira’ dan abangnya memerlukan sedikit privasi, dia segera mengerling kearah Alya, lalu mengisyaratkan untuk beredar dari situ. Namun sebaik sahaja Alya membuka langkah, Humaira’ memaut tangannya dengan kemas, tidak mahu melepaskan sahabatnya itu pergi.

“Kau nak jawapan aku? Baik, aku akan bagi jawapan. Dengar betul-betul.” Humaira’ menggenggam erat tangan Alya, cuba mencari kekuatan dari situ. Mungkin kekuatan itu boleh membantunya meluahkan segala isi hatinya kepada lelaki yang berdiri berhadapan dengannya.

“Aku… nak … kau pergi dari sini. Pergi jauh-jauh.” Suara Humaira’ kedengaran mulai sebak dan tersekat-sekat. “Aku taknak tengok muka kau selagi aku rasa kau tak mampu nak bimbing aku,” sambungnya lagi. Irham terkedu buat beberapa ketika.

Alya merasakan peluh dingin dari tangan Humaira’ yang terketar-ketar dari tadi. Mata Humaira’ tidak sedikitpun memandang Irham dari awal dia bersuara hingga sekarang. Wajahnya hanya tunduk merenung lantai. Tidak pernah dia sangka, kata-kata itu akan terluah pada saat itu dan di tempat sebegitu. Dihadapan tandas perempuan berdekatan cafeteria yang sering dia singgah hampir setiap hari.

“Aku rasa dah takde apa lagi yang kau nak dengar, kan? Now, go!” Tegas Humaira’ menuturkan kata, namun tidak lantang agar tidak menarik perhatian orang yang lalu-lalang. Tapi nada itu sudah cukup untuk membuatkan Irham tersedar dari lamunannya, lalu menapak menjauhinya perlahan-lahan.

Sebaik sahaja kelibat Irham hilang dari pandangan, barulah Humaira’ mengangkat kepalanya. Dia kemudian melemparkan senyuman yang paling manis kepada Sarah dan Alya yang berada disebelahnya. Lalu tangan kirinya menarik tangan kanan Sarah. Tangan kanannya pula dari tadi belum melepaskan tangan kiri Alya. Usai menarik nafas sedalam-dalamnya, dia mengheret kedua-dua rakannya itu untuk meninggalkan tandas sambil menghayunkan kedua-dua belah tangannya seperti kanak-kanak Ribena. Sarah dan Alya hanya mampu melihat dengan muka hairan apabila Humaira’ dengan suara cerianya berkata “Korang lapar tak? Jom pegi cari makanan!”

BerSamBuNg…….

Klik di >>SINI<< untuk lihat semua part dalam Cerpen ni.

Dikarang oleh: IsyaPurple

[[maystar designs]]