Koleksi Cerpen Muslimah Purple

Cerpen Bersiri : Hey,you! Jangan Sentuh Aku! 
Part 11

Humaira' melangkah laju menuju ke arah pintu rumah. Bunyi ketukan pintu yang tidak putus-putus membuatkannya sedikit rimas.

'Ish, Sarah ni... Takkan lupa bawak kunci rumah pulak?' desis hati kecilnya.

Sebaik sahaja dia menarik tombol pintu, wajah kusam Irham terpampang dihadapannya. Rambut pemuda itu kelihatan kusut, tidak kemas seperti selalu. Matanya agak sembab. Bibirnya sedikit terketar-ketar. Humaira' jadi bingung seketika.
"Kau... Kenapa ni?" tanya Humaira setelah beberapa saat tercegat di situ.

"Aku... Aku... Nak kahwin dengan kau," Irham bersuara tergagap-gagap. Saat itu dia meletakkan ego lelakinya di tahap buku lali demi wanita yang dicintainya. Ya, demi gadis yang bernama Nisaa Humaira'. "Kau... Nak kahwin dengan aku tak?" sambungnya lagi.

Humaira' terpempan. Namun, dia cuba memujuk hati agar tidak cepat melatah. Irham pula masih membatu disitu, menanti respon dari Humaira'.

"Kau mengigau ek? Tu lah... Selalu tidur lepas asar. Kan dah tak betul kepala otak tu," balas Humaira' selamba, cuba menganggap bahawa Irham hanya mahu mengenakannya.

"Nisaa Humaira' bin Ismail, I'm serious." kata Irham dalam nada mendatar.

Air muka Humaira' berubah terus apabila mendengar ayat itu. Dia tahu, Irham benar-benar serius dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi. Apatah lagi lelaki itu siap sebut nama penuhnya. Entah, dia sendiri tidak tahu lelaki itu pernah tahu nama penuhnya.

Mata Irham yang mula bergenang ditenungnya tanpa berkelip. Hati yang cuba dikuatkan sedari tadi jadi rapuh kembali. Dia tidak mampu lagi menatap wajah itu. Akibatnya, dia ambil langkah selamat. Segera tangannya menutup pintu rumah dengan keras. Belakang badannya kemudian disandarkan pada pintu yang memisahkan jasadnya dengan lelaki yang mula disayanginya itu.

Lutut Irham akhirnya jatuh ke atas tanah. Tangannya dilekapkan di pintu dengan penuh harapan agar Humaira' masih berada disitu.

"Aku tahu aku jahil. Aku tak layak untuk kau. Aku tak mampu bimbing kau. Tapi berilah aku peluang. Aku nak kau bimbing aku ke jalan yang benar. Aku taknak orang lain. Aku cuma nak kau, Humaira' , " Irham mengesat air matanya yang mula menuruni pipi. Nah... Sekarang, siapa kata lelaki hati batu? Siapa kata lelaki tidak tahu menangis? Siapa kata lelaki tidak punya perasaan? Siapa kata lelaki hanya pandai menipu perempuan?

Perasaan buntu Humaira' bertukar manjadi terharu. Jiwanya bercangkaliwang. Tidak tahu respon apa yang harus ditunjukkan, penyudahnya dia hanya mampu menitiskan air mata.

Irham tahu Humaira' masih berada disebalik pintu itu. Namun, dia juga tahu Humaira' perlukan lebih banyak masa. Perkara seperti ini bukan perkara remeh-temeh. Lalu dengan terpaksa, dia mula mengatur langkah longlai ke arah keretanya. Badannya disandarkan pada kusyen kereta. Matanya dipejam rapat, cuba untuk menenangkan hati yang berkecamuk.

Setelah tidak mendengar suara Irham lagi, Humaira' segera menapak ke tingkat atas.
Sesampai sahaja di anak tangga yang terakhir, dia bertembung dengan Alya yang baru sahaja terbangun dari tidurnya petang itu. Belum sempat Alya ingin membuka mulut, Humaira' sudah memeluk tubuhnya. Air mata gadis itu mengalir laju membasahi bahu Alya. Terkedu, Alya hanya mampu menggosok-gosok belakang badan Humaira' dengan penuh tanda tanya.


--------------------------------


Pagi itu, Sarah sampai ke rumah sewa yang didiami olehnya bersama Humaira' dan Alya dalam keadaan hairan dan terkejut. Kereta Mercedes-benz hitam yang tersadai di bahu jalan bertentangan rumahnya membawa seribu persoalan di benaknya. Dengan segera, dia memarkir Myvi putihnya di halaman rumah lalu menerpa ke arah Mercedes itu. Cermin kereta itu diketuk keras beberapa kali, menyebabkan Irham yang sedang tidur segera terjaga. Cermin itu kemudiannya diturunkan, menampakkan wajah Irham yang lesu dan sugul. Sarah membulatkan matanya. Bibirnya digigit kuat lalu dia bersuara separuh menjerit , "Abang buat apa kat sini?!"


--------------------------------



Sebaik sahaja Sarah melangkah masuk melepasi pintu rumah, tangannya ditarik kasar oleh Alya. Dia mengaduh kecil, namun tidak dipedulikan Alya yang terus menariknya ke sofa di ruang tamu itu.

"Apa yang kau cakap dengan anak Dato' Zainal tu tadi?" soal Alya tanpa berbasa-basi.

Sarah terkedu. "Kau nampak ke aku..."

"Ya. Memang aku tengok sejak dari tadi lagi. Bukan main lagi kau menggatal dengan dia ye. Eh, kau tau tak dia tu dah..."

"Bila masa pulak aku menggatal dengan dia?" Nada suara Sarah naik satu oktaf. Dia agak kesal dengan tuduhan melulu Alya.

"Habis tu? Kau ada hal apa sampai pergi ketuk cermin kereta bagai?" Alya makin berapi. Sedang mereka asyik berbalas renungan maut, Humaira' yang baru turun dari tingkat atas menegur mereka. Mata Humaira' yang agak merah itu diperhatikan mereka agak lama tanpa sebarang kata. Akhirnya, Humaira' melabuhkan punggung disisi Sarah lalu memaut bahunya.

"Sarah, cuba kau bagitahu kitorang. Kau ada rahsiakan apa-apa ke?" sebaik sahaja Sarah menarik nafas ingin membuka bicara, Humaira' sempat memintas, "dan tolong jangan sembunyikan apa-apa lagi kalau kau betul-betul anggap kitorang ni kawan kau," pinta Humaira' dengan suara perlahan.

Sarah jadi kaku sebentar. Hajatnya yang ingin meneruskan helah tiba-tiba mati. "Korang, aku minta maaf banyak-banyak. Aku tahu aku yang salah sebab sembunyikan hal ni," Sarah menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya perlahan-lahan. "Dia tu sebenarnya..."

Alya mencondongkan badannya ke arah Sarah. Begitu juga dengan Humaira'. Cuping telinga mereka dibuka luas-luas. Entah kenapa, jantung mereka berdegup laju tiba-tiba.

"Abang kandung aku,"

"What?!" serentak, Alya dan Humaira' menjerit keras di hadapan muka Sarah.

"Ish! Tempiaslah!" omel Sarah sambil selamba menyapu pipinya yang terkena percikan air liur Alya.

 
  ...bErsAmBunG...
 
*Klik >>SINI<< untuk lihat senarai part-part yang sebelumnya..*

Dikarang oleh: IsyaPurple

[[maystar designs]]