Koleksi Cerpen Muslimah Purple
Cerpen Bersiri : Hey,you! Jangan Sentuh Aku!
Part 10
"Assalamualaikum, Umi!" sapa Humaira' girang, sehingga Puan Asiah terpaksa menjauhkan sedikit telefon bimbit dari cuping telinganya.
"Waalaikumussalam. Humaira' apa khabar?"
"Alhamdulillah. Ira sihat. Umi pulak?"
"Umi baik-baik saja. Tapi kalau tiap kali Umi telefon, Ira cakap terjerit-jerit macam ni, boleh sakit jantung Umi tak lama lagi," Puan Asiah sengih. Humaira' turut gelak kecil.
"Ye la... Ira mintak maaf. Habis, Umi jarang sangat call Ira. Rindu la.." Humaira' bersuara sayu, cuba menarik perhatian ibunya.
"Ira bukan tak tau. Umi bukannya ada banyak kredit,"
Sebuah senyuman terukir dibibir Humaira'. "Ira tahu lah, Umi. Ira gurau aje,"
"Umi telefon ni pun sebab ada berita penting yang Umi nak bagitahu Ira," kata-kata Puan Asiah itu menerbitkan rasa getar dalam hati Humaira'. Entah kenapa, dia dapat merasakan sesuatu dari nada suara ibunya tadi.
"Ada apa, Umi?"
"Umi cakap terus terang aje la ye? Petang tadi... ada orang datang rumah,"
Humaira' jadi tertanya-tanya. Kenapa tiba-tiba sahaja suara Puan Asiah bertukar serius sedemikian rupa?
"Diorang datang ... merisik Ira,"
"Apa?!!" Laju sahaja Humaira' beri respon. Nafasnya turun-naik dengan kelajuan 180km/j.
"Ira, dengar dulu. Umi tahu Ira terkejut. Diorang pun dah terangkan kat Umi panjang lebar," Puan Asiah cuba untuk menenangkan Humaira' yang sudah terlopong. "Ira dah besar kan, nak? Dah boleh bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Umi tak nak campur soal kehidupan masa depan Ira. Umi tak keberatan asalkan bakal suami Ira tu nanti mampu bimbing Ira sekeluarga pada jalan yang diredhai oleh Allah." Puan Asiah terhenti sejenak. Masih tidak ada maklum balas diterima dari hujung talian. Dia jadi serba-salah.
Mata Humaira' terpisat-pisat. Ni dah kenapa pula Umi masuk drama sebabak macam orang yang nazak sedang bagi amanat terakhir pada anaknya? Tidak pasal-pasal dia harus terjun dalam babak itu juga.
"Ira...?" panggil Puan Asiah cemas. Dia menunggu lagi, memberikan ruang untuk Humaira' menenangkan diri.
Fikiran Humaira' waktu itu benar-benar buntu. "Sa... Sape dia, Umi?" Hanya soalan itu yang mampu dilontarkan olehnya.
"Katanya... nama dia Fakhrur Radzi," jawab Puan Asiah dengan bersahaja. Tanpa dia ketahui, nama yang disebutnya itu membuatkan anak perempuan sulungnya itu terjelopok di atas lantai dengan mata membulat.
Saat itu, Humaira' merasakan jantungnya seakan-akan terhenti berdegup.
-----------------------------------
"Waalaikumussalam," Syakir menjawab salam Fakhrur dengan lantang. Ada nada ceria di suara itu. Fakhrur hanya senyum nipis melihat sahabat karibnya itu.
"Ingatkan kau dah taknak balik sini. Pegi sana, kawin , lepas tu terus buat rumah kat situ. Tinggallah aku bersendirian kat rumah ni..." Syakir bersuara dengan nada sayu yang dibuat-buat. Sengaja mahu bercanda dengan sahabat karibnya itu.
Fakhrur melabuhkan punggung di atas sofa empuk berwarna kelabu bagi melepaskan lelah setelah memandu berjam-jam sejak tadi. "Hish... Aku pergi merisik je lah. Lagipun... Mana boleh aku lupa kawan aku sorang yang suka menyakat aku ni..." Kepala Syakir diluku perlahan dengan buku lima Fakhrur. Sengih Syakir melebar.
"So, macamana?" Syakir buat muka gatal. Keningnya dijongket berkali-kali.
"Macamana apa?" Fakhrur juga tidak mahu kalah. Dia buat muka 'tidak bersalah'.
"Ei... Kau ni..."
Fakhrur ketawa lepas. "Kali ni, aku yang menang!" kata lelaki itu dengan nada megah yang amat palsu. Sempat juga dia mendabik dada, tanda berbangga dengan kemenangan itu.
"Serius lah wey. Aku tak sabar nak dengar cerita kau ni,"
"Dengar apanya? Aku pergi rumah diorang, cakap, lepastu balik. Tu je. Apa lagi yang kau nak tahu?" Soal Fakhrur.
"Habis tu? Apa mak ayah dia cakap?"
"Diorang tak kisah. Tinggal nak tanya tuan empunya badan je,"
"Wah... Ni kira dah dapat 'green light' la ? Tak sia-sia usaha aku mintak alamat dengan kawan wanita idaman kau tu. Kau tahu, aku siap merayu bagai dengan dia!"
Fakhrur hanya mengukir segaris senyuman. Fikirannya masih melayang, mengingatkan kejadian kelmarin.
"Wey!" panggil Syakir tiba-tiba.
"Apa lagi...?" tanya Fakhrur dalam nada mendatar.
"Kau... kenal ke kawan wanita idaman kau tu?"
"Hish! Tak kenal aku! Kenapa? Kau syok kat dia?" Tangan Syakir hinggap di bahu Fakhrur dengan keras. Fakhrur menggosok-gosok perlahan bahunya yang sengal. Rakannya ini boleh tahan juga kalau bab-bab menumbuk orang.
"Well... I've helped you with your dream girl, right? Now, what if YOU help me with my DREAM GIRL too?" Syakir kemudiannya mengangkat keningnya dengan senyum yang mula merekah.
Tangan Fakhrur yang sedang mengusap bahunya itu terhenti secara automatik. Bibirnya melopong. "Kau ni biar betik?!" soalnya separuh menjerit.
_________________________
"Sarah!" Laung Humaira' dari dapur sebaik dia melihat Sarah sedang terkocoh-kocoh menyarung kasut dihadapan pintu rumah. Sarah mendongakkan kepala lalu menjongketkan keningnya.
"Kau nak pergi mana pulak ni? Aku tengok sejak akhir-akhir ni, kau selalu keluar," tanya Humaira'. Dia tahu, kebiasaannya Sarah memang jarang keluar dari rumah itu kecuali jika ada hal yang penting sahaja.
"Aku.. Aku ... nak pergi.. rumah ayah aku kejap," jawab Sarah tergagap-gagap, menimbulkan kemushkilan di hati Humaira'. Dengan segera, tangan Sarah ditarik ke arah sofa. Humaira' duduk lalu memaksa rakannya itu turut duduk bersama. Namun, Sarah masih tercegat disitu seperti patung cendana.
"Aku nak cepat ni wey..." rayu Sarah tetapi tidak diendahkan oleh Humaira'. Dia buat muka sepuluh sen. Humaira' pula masih tetap dengan wajah batunya. Seketika, Alya turun dari tingkat atas lalu menuju kearah Sarah.
"Penat aku cari kau kat atas tadi. Rupanya kau kat sini." Alya menilik Sarah dari atas ke bawah. "Nak pergi mana ni?" Daripada pemakaiannya, Alya tahu Sarah mahu keluar lagi.
"Aku...Aku ... er.."
"Nak pergi rumah ayah dia!" sampuk Humaira' dengan pantas.
Mata Alya membulat. Tanpa tolak ansur, dia menarik kasar tangan Sarah sehingga rakannya itu terduduk di atas sofa.
"Kau ni kenapa, Sarah? Asyik-asyik balik sana. Kau dah tak suka tinggal dengan kitorang lagi ke?" Alya terlebih dulu menyerang Sarah yang diapit di kiri dan kanannya. Melihatkan Sarah yang terdiam, Humaira' mengisi pelurunya pula, bersedia untuk menembak.
"Kau ada masalah?" walaupun agak geram, Humaira' tetap bersuara lembut, cuba memujuk rakannya itu supaya berterus terang.
"Takde. Cuma... Aku ada hal keluarga sikit. Personal matter. So, aku balik ni sebab nak bincang dengan
family aku lah," Sarah bersuara rendah. Kedengaran jelas sekali nada ragu-ragu dari bait-bait perkataannya itu.
Walaupun masih tidak berpuas hati, Humaira' tetap melepaskan Sarah keluar petang itu. Tak apa Sarah... Kali ini aku bagi kau peluang. Lain kali, aku akan korek juga rahsia kau!
_____________________________________
"Adik kenapa ni? Masam aje muka tu abang tengok?"
Sarah mendongak kepala, meneliti wajah bersih abangnya.
"Adik tak suka ke abang..."
"Ish! Ke situ pulak abang ni! Adik bukan apa. Tiba-tiba rasa bersalah pulak sebab berahsia dengan kawan-kawan adik. Takut nanti bila diorang tahu, diorang marah kat adik," Suara Sarah kedengaran sebak, membuatkan abangnya sedikit resah.
"Dik, takde siapa pun yang suruh adik rahsiakan semua ni kan? Adik sendiri yang ambil keputusan. Abang tak pernah bantah. Ayah pun. Jadi, abang nak adik fikir la masak-masak. Jangan nanti sampai bertengkar pulak dengan kawan-kawan tu dah la. Abang naik dulu,"
Anak mata Sarah mengekori susuk tubuh abangnya yang menuju ke tingkat atas. Nafasnya ditarik perlahan. Terasa sungguh berat sekali. Dia termenung buat kesekian kalinya.
-----------------------------------
"Irham! Irham memang dah melampau! Sejak bila Irham pandai nak bantah cakap Papa ni?" Sergahan Dato' Zainal itu mengejutkan Irham yang sedang enak berbaring di atas katil saiz kingnya petang itu. Dia bingkas berdiri lalu mendekati ayahnya.
"Pa, Am..."
"Papa tak habis cakap lagi. Irham tahu tak, sekarang ni, Dato' Hisyam tengah ugut nak batalkan semua projek dengan Papa! Kalau Irham tak cari masalah dengan Wawa, dia takkan tiba-tiba je buat semua ni!" Galak sekali Dato' Zainal melempiaskan amarahnya kepada anak lelaki tunggalnya itu.
Irham jadi buntu. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan kepada ayahnya tentang Humaira'. Bimbang jika tersalah ayat, ayahnya akan terus menuding jari kepada wanita itu atas segala masalah yang berlaku.
"Papa tak kira. Papa nak Irham keluar dengan Wawa sekarang. Pujuk dia. Buat apa saja yang dia mintak. Shopping, jalan-jalan, tengok wayang. Jaga hati dia. Jangan sampai dia merajuk lagi," Arah Dato' Zainal dengan tegas.
"Jaga hati dia?" Irham mengulang ayat yang keluar dari mulut ayahnya itu. Matanya mula berkaca. "Habis, hati Am ni, siapa yang nak jaga, Pa? Papa rela seksa hati anak Papa sendiri, semata-mata nak jaga hati anak orang lain?" Sedikit sahaja lagi, air matanya akan jatuh. Namun, dia tidak akan pernah membiarkan Dato' Zainal melihatnya menangis seperti anak kecil. Dia tidak mahu ayahnya melihat betapa walang hatinya selama ini. Betapa banyak air mata yang terpaksa ditahannya sejak dulu.
Lalu langkahnya diatur kasar keluar dari bilik itu. Kunci kereta dicapai dari atas meja di tepi pintu, dan seketika, kereta Mercedes-benznya mendesup laju memecah keheningan senja itu. Dato' Zainal masih berdiri kaku di hadapan pintu bilik Irham. Dadanya berombak laju.
BerSamBung.....
Untuk Senarai Penuh part2 dalam cerpen ni, klik >>SinI<<
Dikarang oleh: IsyaPurple
|