Koleksi Cerpen Muslimah Purple

Cerpen Bersiri : Hey,you! Jangan Sentuh Aku! 
Part 6

Tengok tu, Ira! Konon alim. Kopiah atas kepala, tapi dari tadi lagi asyik tenung aku semacam je!" bebel Alya sewaktu dia baru keluar dari tandas. Ketika itu, dia, Sarah dan Humaira' sedang berjalan bersama-sama menuju ke dewan kuliah.


Humaira' hanya mampu mengangkat sebelah keningnya seteleh mendengar kata-kata Alya itu. Dia tidak berhasrat mahu memanjangkan hal itu. Lebih-lebih lagi lelaki yang dimaksudkan oleh Alya itu ialah lelaki yang telah melihatnya dipermalukan di tempat awam dan telahpun menegurnya sebaik sahaja dia melalui saat-saat yang memeritkan itu.


 Ya, siapa lagi kalau bukan pemuda yang bernama Fakhrur Radzi. Semakin lama dia melihat ke arah Alya, semakin menebal rasa serba salahnya.


'Haih... Kalau aku tak tegur, takut jadi benda lain pulak.. Tapi kalau aku tengok je macam ni, lagi la dia pikir macam-macam pasal aku,' bisik hati kecil Fakhrur. Tidak lama kemudian, dia memepercepatkan langkahnya menuju ke arah  tiga orang gadis yang sedang berjalan tidak jauh dari kedudukannya ketika itu. Setelah jaraknya dengan mereka sudah agak dekat, dia memperlahankan kembali langkah kakinya. Salam diberi, namun tidak dibalas dengan salam kembali. Malah, dia disajikan dengan tiga jenis raut wajah yang berlainan dihadapannya. Wajah-wajah itu seakan-akan mengeluarkan kata-kata dari hati masing-masing.


'Aku dah agak dah.. Mesti dia datang sini nak ngorat aku. Patut la dari tadi asyik tengok aku je!' - Alya.


'Aduh.. Apasal dia datang sini pulak? Malunya aku...!' -Humaira'.


'Wah.. Hensem gile mamat nih! Dah macam Ustaz aku tengok!' - Sarah.


"Err.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!" Salam diberi sekali lagi. Kali ini lebih panjang dan kuat, sehingga menyedarkan gadis-gadis dihadapannya dari alam khayalan. Setelah itu, barulah salamnya dijawab.


"Sorry lah ganggu korang. Tapi... tak tau la kalau awak dah perasan ke.. Umm... Baju awak tu..." Fakhrur bersuara rendah, Tangannya dihalakan ke arah bahagian belakang blous labuh yang dipakai oleh Alya. Kelihatan bahagian bawah blous itu terselit di skirt labuhnya, membuatkan blous itu terangkat dan tidak menutupi bahagian belakang badannya yang sepatutnya dilindungi.


"Takde la.. Saya tengok baju awak bahagian depan ni labuh. Tapi bahagian belakang tu macam ... 'singkat' sikit," sambung Fakhrur lagi. Kemudian, dia terus memalingkan wajahnya kearah lain. Namun, susuk tubuh Humaira' berjaya menangkap perhatiannya kembali. Ketika itu, Alya sedang sibuk membetulkan bajunya yang tidak dikemaskan dengan betul setelah keluar dari tandas sebentar tadi. Sarah turut membantu. Haa.. tu la.. lain kali sombonglah lagi. Kan dah malu.....


"Awak ni... bukan ke yang..."


"Ha'ah! Ya! Saya la tu!" Pantas sekali Humaira' memotong kata-kata Fakhrur. Sebetulnya, dia tidak mahu pemuda itu mengungkit kejadian yang menjatuhkan air mukanya itu dihadapan rakan-rakannya.


Fakhrur seakan-akan mengerti. "Sorry," ucapnya perlahan. Melihatkan keadaan Humaira' yang tidak selesa dengan kehadirannya itu, laju sahaja dia berlalu dari situ setelah memberi salam kepada tiga orang gadis itu sekali lagi.


'Dia malu la tu kot.. sebab aku tengok masa dia jatuh hari tu.. hmm..' Bibir Fakhrur mengukir senyum nipis.





____________________________________________________________



"Alya! Baju pun kau tak reti nak kemaskan sendiri ke? Nak tunggu orang tegur dulu, baru nak perasan?" Bentak Humaira' keras. Matanya mencerlung kearah Alya.


"Kau ni dah kenapa, Ira? Kan dia tegur pasal baju aku. Bukan baju kau! Aku yang kena malu.Yang kau marah tak tentu pasal ni kenapa?" Balas Alya kembali. Sarah hanya menjadi pemerhati  buat seketika.


"Kau tak tak, dia tu...!" Ayat Humaira' tergantung disitu. Nafasnya ditarik dan dihembus kasar.


"Dia apa? Pakwe kau?" sambung Alya apabila Humaira' tidak mampu menghabiskan ayatnya sendiri.


"Pakwe kau la! Apasal pulak pakwe aku?" Suara Humaira' mulai kendur. Nampaknya, kali ini Sarah tidak perlu lagi mewakili PBB untuk mendamaikan kedua-dua sahabatnya itu.


"Habis tu? Siapa ? " Alya juga mula merendahkan volume suaranya. Sejujurnya, dia juga mahu tahu tentang pemuda yang telah menegurnya itu.


"Takde sape. Cepatlah. Kita dah lewat ni," Humaira' mengubah topik perbincangan mereka dengan senyum yang meleret, sengaja mahu menarik perhatian rakan-rakannya itu. Langkahnya diatur menuju ke dewan kuliah. Alya dan Sarah hanya mampu membuntuti. Perasaan ingin tahu dalam hati mereka membuak-buak. Hey, Humaira! Sejak bila pulak kau ada pakwe ni??!






_____________________________________________________________





"Enta ni dah kena sampuk ke ape? Dari tadi lagi ana tengok asyik senyum memanjang.." Tajam sungguh sindiran Syakir kepada Fakhrur kali ini. Siap guna 'ana' 'enta' lagi kot.. Sengaja mahu menarik perhatian sahabat karibnya itu.


Fakhrur senyum. Jarang sekali Syakir menyindirnya sehingga sebegitu sekali. Dia meraup rambutnya yang disikat kemas. Badannya dicondongkan ke hadapan, mendekati Syakir yang duduk bertentangan dengannya. Buku-buku yang ada diatas meja dihadapannya dan Syakir ditolak ke tepi. Matanya seakan-akan bersinar.


"Wey... Aku rasa..." Fakhrur bersuara perlahan.


"Rasa apa?"


"Aku rasa aku dah..."


"Dah apa?" Syakir sudah mula cuak.


"Dah....."


"Dah ape, wey?!"


"Jatuh cinta,"


"WHAT?!!"





______________________________________________________






"Irham!" Dato' Zainal melaung seakan-akan anak lelaki tunggalnya itu berada 50 meter jauh darinya. Padahal, Irham yang baru sahaja menjejakkan kaki diruang tamu rumah itu hanya berada kira-kira 2 meter dari sofa yang didudukinya.


Irham tersentak. Hatinya mula berasa tidak sedap apabila melihat wajah ayahnya yang kemerah-merahan. Aduh... ni mesti Papa nak marahkan pasal si Wawa tu...


"Kenapa Irham buat macam tu?" soal Dato' Zainal sebaik sahaja Irham mendekatinya.


"Buat apa, Pa?" Irham pura-pura bertanya.


"Buat apa, Irham kata? Irham ingat Papa bodoh, ke? Ingat Papa tak tau apa yang Irham buat kat Wawa hari tu, sampai berkecai handphone dia? Dato' Hisyam baru je call Papa tadi!" Terang Dato' Zainal panjang lebar dalam nada yang sangat tinggi.


'Tu kan aku dah kata... Mesti si Wawa tu mengadu kat bapak dia...' gumam hati kecil Irham lagi.


"Pa, Wawa tu dah melampau la... Dia..."


"Melampau tak melampau, tu lain cerita. Irham tahu tak, sekarang ni Papa ada projek besar dengan Dato' Hisyam?! Kalau dia tiba-tiba batalkan projek tu..."


"Kalau dia batalkan projek tu, mesti sebab Am, kan Pa? Semua salah Am," Irham memotong kata-kata ayahnya dengan tegas, namun masih dalam volume yang rendah.


"Irham jangan nak kurang ajar dengan Papa. Sejak bila Irham pandai nak potong cakap Papa,ni?!"


"Pa, Am takde niat nak..."


"Sudah! Papa taknak dengar apa-apa lagi. Tapi Irham ingat, kalau Papa dengar benda macam ni sekali aje lagi, Papa takkan teragak-agak untuk..."


"Pa, takkan Papa still nak hantar Am study overseas? Kan kita dah bincang hari tu Pa... Am taknak Pa.. Kenapa Papa nak paksa Am?" suara Irham kedengaran semakin sayu. Saat itu, air mata lelakinya hampir menitis. Matanya sudah berkaca.


"Sudah, Irham! Papa kata sudah!" bentak Dato' Zainal lagi.


Irham segera membuka langkahnya kearah tangga, lalu didaki pantas. Sebentar kemudian, kedengaran bunyi pintu dihempas dari arah biliknya. Tidak seorang pun yang menyangka, air matanya yang ditahan dari tadi jatuh menuruni pipinya dengan laju seperti air sungai yang baru dilanda bah.






___________________________________________________





"Aku tak kira! Aku memang tak puas hati dengan minah tu!" suara Wawa bergema di dalam restoran mewah yang agak lengang itu. Bibirnya diketap. Geram betul!


"Tapi kan Wa, kitorang tengok perempuan tu takde pulak tergedik-gedik kat Irham. Irham sendiri yang jumpa dia and nak hantar dia balik rumah." kata Maria yang menjadi salah seorang saksi kejadian sewaktu Irham menghantar Humaira' kerumahnya.


"So, sekarang ni kau nak cakap yang Irham tu lebih tertarik kat minah yang bertudung litup macam hantu bungkus tu, daripada aku yang hot ni?" sahut Wawa pula.


"Well... manalah tahu kan, Irham sebenarnya minat kat perempuan macam tu... Lagipun, Irham couple dengan kau pun sebab..."


"Shut up, Marry! Aku dah cakap kan, jangan ungkit benda tu lagi?! Apa kau ingat aku ni perempuan takde harga ke?" setelah membentak rakannya itu, Wawa terus mengangkat kaki dari restoran itu.


"Memang takde harga pun..." bisik Maria apabila bayang Wawa sudah tidak kelihatan lagi.


"Eh, ni sape yang nak bayar nih?" soal Farah yang dari tadi lagi memerhatikan lagat rakan-rakannya itu. Maria yang sedang menghirup jus tembikai hampir tersedak.


"Kau la yang bayar!" jawab Maria.


"Apa hal aku pulak? Kau yang buat Wawa marah tadi. Kalau tak mesti dia yang tolong bayarkan... Ish! "


Sebentar kemudian, Maria mengangkat tangannya yang digenggam lalu diletak di paras bahu.Matanya dikenyitkan. Farah juga turut melakukan hal yang sama. Dengan serentak pula, mereka menjatuhkan tangan mereka. Tangan Maria masih digenggam. Tangan Farah pula dibuka sepenuhnya. Sesaat kemudian, Farah ketawa terbahak-bahak. Maria memutarkan bola matanya keatas. Ish.. Memang tak malu betul mereka bermain O-som untuk menentukan siapa yang perlu membayar minuman dalam restoran mewah yang terkemuka itu.



BeRsAMbuNg......
                                                                    Go to Part 8>>

Mahu tahu kisah sebelumnya? Klik >>SINI<<

Dikarang oleh: IsyaPurple

[[maystar designs]]