Koleksi Cerpen Muslimah Purple

Cerpen Bersiri : Hey,you! Jangan Sentuh Aku! 
Part 4


Dato' Zainal berjalan beriringan bersama Dato' Hisyam ketika keluar dari bilik mesyuarat lewat petang itu. Masing-masing kelihatan ceria. Irham yang sedari tadi menunggu ayahnya cuba memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka. Ketika itu, dia berada disebalik pintu masuk pantri pejabat. Dato' Hisyam tiba-tiba berhenti lalu menepuk-nepuk belakang Dato' Zainal.

"Saya harap kita boleh bekerjasama dengan baik dalam projek besar macam ni. Jangan hampakan saya." Ucap Dato' Hisyam seraya tersenyum. Sinis.

"Err... ya, Dato'! Terima kasih sebab percayakan saya. Insya Allah, saya takkan kecewakan Dato'," Balas Dato' Zainal pula. Walaupun kedua-duanya berpangkat Dato' , Dato' Zainal tahu, Dato' Hisyam mempunyai pengaruh yang lebih besar daripadanya.

Dato' Hisyam mengangguk-angguk kecil, kemudian berlalu dari situ, meninggalkan Dato' Zainal yang masih tertunduk kepalanya. Selang sesaat, Dato' Zainal mula mengangkat kaki, mahu beredar dari situ.

"Papa!" Laungan Irham dari muka pintu pantri menghentikan langkah Dato' Zainal. Teragak-agak Dato' Zainal berpaling ke arah Irham yang sedang bersandar di dinding berdekatan pintu masuk pantri itu. Namun, dipaksa juga mulutnya untuk tersenyum.

"Eh, Irham! Papa ingat Irham tunggu kat tempat parkir."

"Kenapa? Papa tak nak Irham tahu apa yang Papa cakap dengan Dato' Hisyam?" Irham bersuara tegas, namun masih dalam nada yang rendah. Dia tidak mahu seluruh isi pejabat menganggapnya sedang bertengkar dengan ayah kandungnya sendiri.

Dia kemudiannya terus melangkah laju menuju ke tempat parkir kereta. Dato' Zainal segera membuntuti Irham dengan agak tercungap-cungap. Namun, kaki panjang milik Irham dengan mudah dapat mengalahkan kaki tua milik Dato' Zainal. Setibanya di kereta, Irham menghidupkan enjin dan bersedia untuk memecut. Walaubagaimanapun, dia masih ingat akan ayahnya. Dia datang ke situ juga atas permintaan ayahnya sendiri, kerana kereta milik Dato' Zainal terpaksa dihantar ke bengkel seminggu yang lalu.

Usai Dato' Zainal melabuhkan punggungnya di atas kusyen kereta, Irham menekan pedal minyak kereta sekuat mungkin sehingga menyebabkan Dato' Zainal sedikit terkejut dan tersentak.

"Orang yang pangkat " Dato' " pun, tak boleh nak pisahkan antara hal pejabat dengan peribadi. Tak profesional langsung!" Omel Irham sendirian. Namun, kata-kata pedas itu sebenarnya ditujukan kepada Dato' Zainal dan Dato' Hisyam. Dia amat pantang sekiranya Dato' Hisyam ingin bekerjasama dengan ayahnya hanya kerana dia melayan Wawa dengan baik. Walaupun dia sudah lama mengetahui hakikat itu, dia tetap cuba menjaga hati Wawa atas permintaan ayahnya. Biarlah buat masa sekarang. Dia masih perlu mengalah.

Dato' Zainal pula hanya membatu sedari tadi. Dia kelihatan serba tidak kena. Mungkin kerana sedang memikirkan cara untuk memujuk anak tunggalnya itu sebentar lagi. Dahi tuanya berkerut- kerut memerah buah fikiran. Buntu.







                                                          

                                                             ------------------------------***------------------------------







Irham melontarkan tubuhnya ke atas katil empuk berwarna biru Chelsea, sesuai dengan warna logo pasukan bola sepak kegemarannya. Tangannya ligat memicit-micit kepala yang terasa seperti tangki air yang terlebih muatan. Jika tersilap langkah, tangki itu boleh pecah dalam sekelip mata. Air bah akan melanda keseluruh tempat dan mungkin membinasakan rumah itu.

Akhirnya, dia memaksa kakinya melangkah perlahan-lahan seperti mayat hidup , menghampiri meja tulis. Dia kemudiannya terus mencapai sebuah fail hitam yang diletakkan berdekatan pen holder. Kertas yang terkandung di dalam fail itu dibeleknya satu-persatu. Jika dilihat secara kasar, tulisan pada kertas-kertas itu hanya kelihatan samar-samar. Malah, ada yang sudah tertanggal dakwatnya. Dengan tidak semena-mena dan tanpa diketahui alasannya, dia mengukir sebuah senyum nipis di bibirnya. Senyuman yang sangat tulus, datang dari lubuk hatinya yang paling dalam.

Kata-kata sindiran dari Aeril dan Ikmal masih terngiang-ngiang di telinganya. Mereka sebenarnya tidak setuju dengan tindakan Irham yang membawa pulang fail itu. Mahu sahaja mereka membuangnya ke dalam tong sampah atau ke dalam longkang sekali lagi. Namun, tidak tahu kenapa, Irham dengan rela hati mahu mengambil fail itu dan memutuskan akan menaip semula segala isi kandungan yang berada di dalam fail itu.

Sebentar kemudian, dia terus menekan butang 'ON' pada laptopnya dan mula menaip dengan lincah. Satu keluhan kecil terlepas dari mulutnya, tetapi keluhan itu kedengaran sangat bahagia dan senang. Mulutnya pula tidak henti-henti tersenyum. Puas.




                                                             ------------------------------***------------------------------




Langkahnya yang longlai diatur dengan berhati-hati ketika menuruni anak tangga. Bau kari ayam yang sedang dimasak oleh Sarah langsung tidak dapat menarik deria baunya walaupun perutnya sudah menyanyi, minta diisi.

Fikirannya hanya tertumpu pada assignment yang masih belum disiapkan sepenuhnya. Tambahan pula, dia takut kalau-kalau kertas assignment yang diberi kepada lelaki tadi akan ditinggalkan begitu sahaja , atau akan dibuang dan dibakar sehingga menjadi abu. Serta merta, terbit rasa menyesal dalam diri kerana bertindak menghempas kertas-kertasnya kepada orang yang tidak dikenali. Silap hari bulan, dia bukan hanya perlu menaip, malah harus membuat kembali assignment itu.

Alya yang sedang enak berbaring di atas sofa sambil mendengar lagu-lagu di MP3nya tertanggu dengan keadaan Humaira' yang kelihatan seperti orang yang baru kehilangan anak kucing kesayangan. Dia bangun, lalu duduk bersebelahan Humaira' dan merenungnya sehingga Humaira' pula yang berasa tertanggu. Humaira' segera berpaling ke arah Alya sambil menjagilkan matanya seakan-akan mahu ditelannya Alya hidup-hidup.

"Kau nak ape?!" Soal Humaira' separuh menjerit.
"Amboi... Garangnye mak cik ni...!"
"aku takde mood la Ya..." mulut Humaira' dimuncungkan semaksimum mungkin.
"Aku tau..."
"Habis tu? Kenape kau kacau aku?"
"Saje..."
"Alya...!!!"
"Ape???"

Debuk!!!
Sebiji bantal selamat mendarat di atas muka Alya. Dikala Alya sedang mengerang kesakitan, Humaira' bangkit, lalu menuju ke bilik air di tingkat atas. Dia kemudian mengambil wudhuk, memakai telekung, dan berdiri untuk menunaikan solat. Dimulakan dengan solat sunat Taubat, dan diikuti solat sunat Hajat , zikir, membaca al-Quran serta berdoa.  Usai berdoa, dia duduk bersimpuh, dan tidak lama kemudian dia berbaring di atas sejadah.

"Ya Allah... Hamba mohon pertolonganmu. . ." Kata-kata itu terluncur dari mulut Humaira' dengan tidak semena-mena. Sarah yang sedang mengintai di sebalik daun pintu hanya mampu memanjatkan doa buat sahabatnya. Matanya begenang menahan rasa pilu.

                                                                                 Go to Part 5>

Untuk senarai penuh BAB-BAB dalam CerPen  ni, sila Klik di >SINI<

Dikarang oleh: IsyaPurple

[[maystar designs]]