Koleksi Cerpen Muslimah Purple
Cerpen Bersiri : Hey,you! Jangan Sentuh Aku!
Part 14
Humaira’ merenung gulungan kertas yang berada di dalam genggaman tangannya. Gulungan kertas yang menjadi bukti bahawa dia telahpun menamatkan pengajiannya dalam peringkat ijazah sarjana muda. Ketika itu, dia sedang duduk berehat di salah sebuah bangku sambil merenung bangunan-bangunan tempat dia menuntut ilmu sejak 4 tahun yang lalu. Majlis konvokesyen yang baru selesai sebentar tadi membuatkan tekaknya kehausan. Sarah dan Alya dengan rela hati menjadi wakil untuk membelikan minuman buat mereka. Humaira’ pula masih tidak berganjak dari bangku itu. Matanya masih melilau-lilau di kawasan sekeliling. Entahlah.. dia masih berasa tidak puas melihat persekitaran di situ. Ingin dia rakam satu persatu dalam minda agar tidak hilang dari ingatan. Mungkin bila nanti dia ke sini lagi, banyak yang akan berubah.
Kelihatan manusia-manusia lain masih belum puas berposing disana sini. Patung beruang dan jambangan bunga antara benda wajib dipegang ketika bergambar bersama keluarga. Acara baling-baling topi juga tidak dilupakan. Entah. Dia sendiri tidak tahu, dari manakah asal usul adat itu. Tiada motif. Tiada faedah. Karang kalau tercampak lepas tu tersangkut kat atas bumbung, tak pasal-pasal je kena bayar denda. Bukannya jubah dengan topi tu kau orang punya sendiri pun.
Secara tiba-tiba, fokusnya jatuh pada sebotol air Twister dingin yang disuakan tepat-tepat dihadapan mukanya. Sarah dan Alya kemudiannya mengambil tempat disisi Humaira’.
“Kau menungkan apa, weh? Teringat pakwe lama ke?” Gurau Alya dengan senyum kambingnya.
Pantas sahaja tangan Humaira’ mencubit lengan Alya yang masih suka mengusiknya seperti dulu. Nasib baik mulut gosipnya itu sudah beransur hilang setelah sekian lama dinasihati oleh Humaira' dan Sarah .
‘hmm.. pakwe lama?’ Humaira' bermonolog sendiri dalam hati. Kata-kata Alya itu mengingatkan itu kepada lelaki yang bernama Irham Zikri. Hey, Humaira'! sejak bila pulak Irham tu pernah jadi pakwe kau?! Marahnya kepada diri sendiri.
Entahlah… Humaira' sendiri tidak tahu menahu tentang keberadaan Irham sejak dia ‘menghalau’ lelaki itu beberapa tahun yang lepas. Teruk sangatkah marahnya pada Irham? Pedas sangatkah kata-katanya itu, Sehinggakan sejak kejadian itu, dia tidak pernah lagi melihat kelibat Irham. Lelaki itu hilang bagai ditelan bumi. Tanpa khabar dan berita. Sudah puas Sarah cuba mengorek maklumat dari Papa mereka, namun hanya perkataan “entah,” yang diperoleh dari Dato’ Zainal. Malah telefon bimbit Irham juga ditinggalkan begitu sahaja di rumah. Facebook dan Twitter sudah semestinya tidak terusik langsung. Akhirnya, mereka semua bersetuju untuk meneruskan hidup tanpa menyebut soal Irham lagi. Apa gunanya berbicara tentang lelaki itu jika hasilnya hanya kesakitan dan air mata. Sedikit demi sedikit, Humaira' cuba membuang rindu yang ditanggungnya.
Baru sahaja Sarah hendak meneguk air 100 plusnya, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering menandakan ada mesej yang masuk. Air muka Sarah berubah seakan-akan bercahaya setelah membaca mesej itu. Namun segera dikawal agar senyumannya tidak terlalu ketara.
“Siapa?” tanya Humaira' pelik.
Sarah gelabah seketika. “Umm.. abang Syakir,” pendek sahaja Sarah jawab. Takut bocor rahsia.
“Ooo…” hanya bunyi huruf itu yang keluar dari mulut Humaira'. Terkadang, Humaira' sendiri cemburu melihat pasangan suami isteri itu. Hidup saling melengkapi, saling menasihati, dan saling menyayangi. Sarah.. sarah.. dulu katanya mahu tunggu Humaira' kahwin dulu. Nah… sekarang ni , ‘langkah bendul’ pula.. Humaira' senyum nipis mengingatkan peristiwa yang akhirnya membawa mereka berdua ke jinjang pelamin.
*************_______#########_______**************
Dua tahun yang lalu…
Humaira' hanya mampu berdiri kaku sejak beberapa minit yang lalu. Segala ingatan dan memorinya bersama Irham terputar bagai cakera padat dalam kepalanya. Gadis itu merenung meja kayu dan bangku dihadapannya dengan mata bergenang. Di meja itulah Irham mula meluahkan masalah kepadanya. Disitulah dada dia mula berombak laju apabila matanya bertentang dengan mata Irham.
Dengan tidak semena-mena, botol air berwarna ungu yang berada dalam genggaman tangannya terlepas lalu mula bergolek laju. Cepat-cepat Humaira' mengejar botol itu dengan keadaan terbongkok-bongkok seperti nenek umur 97 tahun. Botol itu akhirnya terhenti di kaki seorang lelaki. Belum sempat Humaira' mencapai botol itu, tangan lelaki itu terlebih dahulu menyambar.
“Nah!” botol dihulur kearah Humaira' . Humaira' mendongak kepalanya memandang lelaki itu lalu matanya tidak mampu berkelip. 5 saat berlalu. Botol masih tidak bertukar tangan.
“Humaira' …?” lelaki itu melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka Humaira' apabila tiada reaksi yang terbit dari gadis itu buat 10 saat. Risau juga dia kalau Humaira' tiba-tiba terkena sumpahan ibu Si Tanggang. Tidak pasal-pasal nanti jadi tugu pula di taman itu.
Suhu wajah Humaira' naik secara mendadak. Kenapalah dia boleh tenung Fakhrur macam tu. Tak ke nanti lelaki tu fikir bukan-bukan. Sebenarnya Humaira' masih tidak mampu menghilangkan perasaan bersalahnya terhadap Fakhrur. Kerana itulah, setiap kali dia terserempak dengan lelaki itu, sedaya upaya dia pasti akan cuba menjauhinya. Dia tidak tahu dia harus bersikap seperti apa apabila berhadapan dengan lelaki itu. Hendak ditegur, dia takut lelaki itu tidak membalas. Hendak berbual, dia takut lelaki itu masih terasa hati dengannya. Hasilnya, dia hanya mampu berdiam diri.
“Rileks la Humaira' … buat macam biasa,” kata Fakhrur seakan-akan dapat membaca isi hati Humaira' . Luka dihatinya sudah lama pulih. Dia akur. Mungkin memang Humaira' bukan jodohnya. Mungkin ada lelaki yang jauh lebih baik dan sesuai untuk Humaira' . Dia sudahpun berusaha. dan dia sudah bertawakkal. Apa sahaja yang berlaku, dia tetap redha. Pegangan itu dia semat kukuh-kukuh dalam hatinya.
Botol air Humaira' akhirnya kembali kepada pemilik asal. “Terima kasih,” ucap Humaira' antara dengar dan tidak. Humaira' senyum tipis lalu dia mula membuka langkah untuk menjauhi lelaki itu. Baru 3 langkah, Fakhrur tiba-tiba menyeru namanya lagi. Setelah medekati Humaira' , pemuda itu segera mengeluarkan sebatang pen dan sticky notes dari poket seluarnya. Humaira' pelik melihat keadaan Fakhrur yang seperti sedang bersedia untuk mencatat soalan bocor dari pensyarah itu.
“Lupa pulak. Nak mintak alamat Sarah, boleh?” pinta Fakhrur dengan selamba.
Mata Humaira' membutang. ‘Dia ni biar betul?! Dah kena reject dengan aku, sekarang plan nak mengorat kawan aku pulak??! ’ Sungguh tidak berbudi pekerti betul hati kecil Humaira' pada saat itu.
Melihatkan reaksi wajah Humaira' , Fakhrur segera mempertahankan dirinya. “Eh. Jangan salah faham. Ni untuk kawan saya tu. Syakir.Dia yang suruh saya mintakkan.”
Humaira' sengih seperti kerang busuk. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya. Itulah engkau, Humaira' ! suka sangat Su’u zhon kat orang! Haa…Padan muka! Kan ke dah malu…
*************_______#########_______**************
“Err.. Ira, aku nak pergi tandas kejap. Alya! Temankan aku jom?” Lamunan Humaira' mati dikala kata-kata itu keluar dari mulut Sarah. Sarah dan Alya kemudiannya berlalu pergi meninggalkan Humaira' bersama menungannya.
Kurang 2 minit sejak kerusi di sebelahnya kosong, tiba-tiba kedengaran salam diberikan dari arah belakang. Mulanya Humaira' buat tidak hirau sahaja kerana suara itu hanya kedengaran sayup-sayup. Ditambah pula bunyi orang yang sedang sibuk bergambar di sana sini. Namun suara itu makin lama
jadi makin kuat. Makin jelas. Makin geram. Dan akhirnya…
“Assalamualaikum, cik Nisaa Humaira’!!!” Nah.. tu, siap sebut nama panjang lagi tu! Kalau tak perasan lagi tak tahu nak cakap apa dah…
Serentak dengan itu, Humaira' terus menoleh ke arah belakang dengan muka tidak bersalah dan seakan-akan menanyakan ‘eh? Kau panggil aku ke?’
Lelaki yang dari tadi memanggil Humaira' dengan kening bertaut itu akhirnya mengukir senyum tipis. Ingatkan tadi nak patah balik aje lepas tu merajuk 3 bulan. Eheh. Melampau.
Humaira’ pula hanya mampu merenung wajah lelaki itu tanpa perasaan ketika lelaki itu mula menapak perlahan-lahan mendekatinya. Merenung tanpa kelip walau sekali. Anak matanya secara automatik mengikuti susuk tubuh lelaki itu.
“Tahu la aku hensem. Tapi tak perlulah nak tenung sampai macam tu sekali..” Teguran Irham itu membuatkan muka Humaira' jadi panas. Cepat-cepat dia memalingkan mukanya ke arah lain. Iye. Humaira' mengaku dalam hati, lelaki itu memang kelihatan tampan menggayakan Tshirt biru muda yang dilapisi dengan baju sejuk berwarna hitam serta seluar slack coklat cair.
Perasaan Humaira' ketika itu bergolak hebat. Marah, gembira, menyampah, teruja dan geram bagaikan digaul sebati. Ingin sahaja rasanya dia menghamburkan segala persoaln yang terbuku dalam hatinya selama ini. “kau pergi mana?” “kenapa tak cakap apa-apa pun?” “ kenapa tinggalkan aku macam tu aje?” “tak boleh ke sekali dua kau tanya khabar aku?” “ke memang kau dah tak sayang aku lagi??” Namun segala persoalan itu hanya mampu dipendam sendiri. Bibir Humaira' diketap kuat.
Mata Irham terkalih pada wajah gadis itu. Masih sama seperti dulu. Masih cantik. Masih manis. Masih mampu membuatkan jantungnya berdetak laju. Tiga saat meneliti wajah itu, dia lalu berpaling membelakangi Humaira' . Matanya dipejam rapat. Betapa dia rindu untuk menatap wajah itu. Sesaat, mulutnya terkumat-kamit menuturkan istighfar.
“Aku datang ni sebab nak minta maaf dengan kau,” kata Irham sebagai pembuka bicara.
“For what?” balas Humaira' serta-merta dengan nada sinis.
“For leaving you just like that without even saying goodbye?” jawab Irham tenang. Mendengarkan ayat itu, fikiran Humaira' kembali dibayangi kenangan lalu. Seketika, kedua-duanya hanyut dengan
perasaan masing-masing. Mengenang masa lalu dan menyalahkan diri sendiri.
“Aku pun nak minta maaf dengan kau jugak,” Lama Humaira' berjeda sebelum menyambung lagi, “ Aku tak sepatutnya…” ayatnya hanya mati disitu. Tergantung tanpa tali. Tubir matanya sudah digenangi air mata. Humaira' tarik nafas dalam-dalam, dengan harapan supaya dia tidak akan menitiskan permata jernih dihadapan lelaki itu. Tidak, aku bukan wanita yang mudah kalah cuma kerana cinta yang fana! Sedaya upaya dia cuba untuk menanam kata-kata itu dalam kotak fikirannya. Tetapi ternyata, dia hanyalah manusia biasa yang serba lemah. Lemah dalam mengendalikan perasaannya sendiri.
“Tak… kau tak salah pun. Malah aku bersyukur dengan apa yang dah terjadi antara kita. Kalau bukan disebabkan kejadian tu, mungkin aku masih menjadi Irham yang dulu.”
“Apa…maksud kau?”soal Humaira'.
“Kau ingat tak.. dulu aku pernah cerita kat kau pasal Papa aku nak hantar aku study oversea kalau aku buat hal dengan Wawa?” kata Irham. Jejaka itu masih berdiri membelakangi Humaira' .
“Ingat…”
“So, lepas kau ‘reject’ aku tu… Aku terus pergi cari Wawa. Aku clash dengan dia depan kawan-kawan dia. Dia pun apa lagi, terus balik mengadu kat bapak dia,” bibir Irham mengukir senyum nipis ketika menghabiskan ayat itu. Manakala bibir Humaira' sedikit terlopong.
“Tapi memang itu pun yang aku nak sebenarnya,” Irham menarik nafas panjang sebelum menyambung,
“Masa aku balik hari tu Papa memang naik angin. Dia terus buat keputusan nak hantar aku study oversea. Dia tak nak, disebabkan aku, bisnes dia dengan Dato’ Hisham hancur. Aku pun terus setuju. Malam tu jugak Papa suruh aku packing barang. Sebab tu lah aku tak sempat nak inform kat sesiapa.. dan sebelum pergi, aku buat perjanjian dengan dia. Aku mintak supaya dia hantar aku study kat Jordan. Aku nak dalami ilmu agama. Aku tak nak jadi macam orang jahil lagi. Aku nak supaya nanti kalau aku dah kahwin, aku mampu bimbing isteri aku…”
Humaira' terkedu seketika. Dia tidak menyangka, begitu pantas lelaki itu membuat keputusan. Sungguh, dia kagum. Nak bagi standing ovation? Err… tak payah la kot. Nanti kembang semangkuk pula. Bukan dia tak kenal mamat tu macamana.
Namun satu perkara lagi yang membuatkan Humaira' terpaku ialah kenyataan bahawa Irham tidak memandang remeh ayat yang dituturkannya bebarapa tahun yang lalu. “selagi aku rasa kau tak mampu nak bimbing aku.” Ayat itu. Ayat keramat itu masih tersemat kukuh dihati Irham , yang membuatkan lelaki itu menjadi Irham yang sekarang.
Lama mereka berdiam diri. Irham akhirnya memalingkan badannya ke belakang, mencari seraut wajah gadis yang amat dicintainya itu. Buat sesaat, pandangan mata mereka bersabung, lalu masing-masing kemudiannya cepat-cepat mengalihkan arah anak mata mereka.
“Kau… nak tahu tak satu lagi perjanjian yang aku buat dengan Papa sebelum aku pergi? “ Melihatkan Humaira' yang tunduk membisu itu, dia lantas menyambung, “Aku mintak supaya dia merestui hubungan kita berdua,”
Humaira' mendongak ke atas dengan muka terkejut macam baru lepas tengok hantu Ju-On. Irham yang melihat jadi tersenyum sendiri.
“Tak payah nak terkejut sangat lah… Papa dah pergi merisik dah kat rumah kau bulan lepas,” kata Irham selamba sambil menahan bibirnya dari tersenyum.
“Ta… tapi…”
“Tapi mak kau takde bagitau pun, kan? Sebab… aku yang mintak dia rahsiakan dari kau. Benda belum confirm lagi kan. Haa… ni nak bertunang barulah aku bagitau kau, sebab aku tau… kau mesti setuju punye! Bulan depan aku hantar rombongan, okey?” Terang Irham bersungguh-sungguh. Ada nada ceria disitu. Senyuman lebar tertampal elok di wajah kacaknya.
“Ellehh.. perasan! Sape entah yang nak bertunang dengan dia!” bidas Humaira' dengan muka yang sengaja dibuat agar kelihatan menyampah. Sedangkan bibirnya sudah berat menahan senyuman.
Irham pula buat muka serius secara drastik. “Oh, jadi kau tak nak tunang dengan aku lah ni, ye? Tak pe lah, kejap aku call Papa suruh cancel…”
“Eh! Nak lah! Sape kata aku tak nak!” Sepantas kilat Humaira' menjawab. Ayat yang terkeluar dari mulutnya secara automatik itu membuatkan tawa Irham yang sejak tadi ditahan akhirnya terburai juga.
“Ha… tu lah.. lain kali jual mahal lah lagi! Baru acah sikit, dah gelabah.” Kata Irham dalam nada yang amat menjengkelkan dengan tawa yang masih tersisa.
Humaira' menarik muncung sedepa. Wajahnya sudah mula memerah tanpa boleh dikawal lagi. Segera dia memalingkan mukanya ke arah kanannya supaya tidak dapat dilihat oleh Irham. Sebaik sahaja dia menoleh, dia terlihat 3 kelibat yang terbongkok-bongkok gaya detektif low-class sedang mengintai mereka disebalik sebatang pokok tanjung yang terletak bebarapa meter dari bangku yang didudukinya. 2 kelibat itu bertudung litup manakala 1 kelibat lagi tidak. Kelihatan ketiga-tiga makhluq itu sedang ketawa terkekek-kekek sambil menutup mulut masing-masing. Apabila tersedar bahawa Humaira' telah mengetahui keberadaan mereka, mereka bertiga dengan selamba mengangkat thumbs up lalu tersengih lebar.
“Sarah..? Alya…? Syakir pun?” hati Humaira' mendongkol geram. Dia menoleh pula ke arah Irham. Lelaki itu juga turut angkat thumbs up kepada mereka bertiga. ‘Ooo… patut la lama sangat korang pergi tandas..! Eee…Korang… Korang memang sengaja, kannnn…!!!’
TAMAT… THE END.. KHOLAS..
Klik di >>SINI<< untuk lihat semua part dalam Cerpen ni.
Alhamdulillah .. segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana akhirnya cerpen bersiri “Hey, you! Jangan Sentuh Aku!” akhirnya berjaya disiapkan. Cheewaahh.. ayattt.. macam la ko dah tulis berbelas novel ye, syah? Hahahaa.. ekcelli aku just nak mintak maaf dan berterima kasih kat korang korang yang sudi baca cerpen aku yang tak seberapa ni.. aku tahu.. sapelah aku ni. Ni percubaan pertama aku dalam menulis cerita yang panjang macam ni. Aku harap sangat korang boleh komen dengan seikhlas hati biar aku mudah nak kenalpasti kelemahan aku. Kalau teruk, cakap teruk. Tak payah nak selindung-selindung pape. Aku okey jee..
Aku nak mintak maaf sebab ye lahh.. nak habiskan cerpen ni pun aku ambil masa 2 tahun!! Yup! Aku pun tak percaya sebenarnya.. tapi tu lah hakikatnya. Tu lah ko syah! Duk main tangguh tangguh aje kerjanya! Ni kalau ada due date, dah lama ko kena fired agaknya!
So, cerpen ni pun dah siap. Maka aku akan teruskan karya aku dengan cerpen seterusnya. Dan in sha Allah aku takkan buat cerpen bersiri lagi sebab kalau aku buat jugak, maybe 3 tahun akan datang baru habis kot cerpen tu. Haha.. jadi aku decide nak buat sekaligus aje. Hope korang masih sudi nak baca karya aku nanti. .. sampai jumpa lagi! Wassalamualaikum!!!
Dikarang oleh: IsyaPurple
|